AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Rumah bertingkat mewah di Kuala Lumpur terus jadi tumpuan


KUALA LUMPUR: Kediaman bertingkat mewah terus meraih tumpuan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur, dengan bekalan melebihi 80,000 unit setakat 2024.

Knight Frank dalam laporan hartanah separuh kedua berkata, bekalan kondominium dan kediaman mewah di kawasan terpilih Kuala Lumpur berjumlah 82,679 unit tahun lalu.

"Pada separuh kedua 2024, empat projek telah disiapkan, menyumbang tambahan 1,167 unit kepada bekalan terkumpul.

"Sebanyak 3,625 unit tambahan daripada beberapa pembangunan aktif dijangka siap pada separuh pertama 2025," katanya.

Menurut laporan berkenaan, segmen kediaman utama di Kuala Lumpur telah pulih selepas pandemik, didorong keadaan ekonomi yang semakin baik, sentimen pasaran yang positif, dan inisiatif kerajaan seperti Program Visa Premium Malaysia (PVIP) dan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

"Di bawah garis panduan MM2H yang telah disemak, pemohon dikehendaki membeli hartanah kediaman yang berharga antara RM600,000 hingga RM2 juta, bergantung pada kategori visa (Silver, Gold, dan Platinum).

"Walaupun keperluan ini memberi manfaat kepada segmen kediaman mewah, ia mungkin menghalang bakal pemohon yang lebih gemar menyewa rumah," katanya.

Dalam tempoh sembilan bulan 2024, jumlah dan nilai jualan hartanah kediaman bertingkat seperti apartmen, kondominium, dan apartmen servis, masing-masing meningkat sebanyak 12.2 peratus dan 25.2 peratus.

Sementara itu, dalam segmen kediaman mewah khususnya hartanah bertingkat tinggi yang berharga RM1 juta dan ke atas di pusat bandar Kuala Lumpur, Knight Frank berkata, sejumlah 941 unit bernilai RM1.86 bilion telah dijual pada separuh pertama 2024.

"Ini mewakili peningkatan daripada 591 unit bernilai RM1.14 bilion yang dijual pada separuh kedua 2023.

"Harga purata transaksi keseluruhan untuk kondominium dan apartmen perkhidmatan mewah di kawasan yang dikaji kekal agak stabil, dengan peningkatan sederhana sebanyak 0.4 peratus pada separuh kedua 2024 berbanding tempoh separuh tahun sebelumnya," katanya.

Sementara itu, dalam laporan sama, Knight Frank berkata, pasaran sewaan kediaman bagi hartanah bertingkat tinggi mewah di Kuala Lumpur kekal dengan bekalan secara konsisten melebihi permintaan.

"Penyewa berada dalam kedudukan yang kukuh untuk perundingan sewa baharu dan pembaharuan kontrak.

Trend sewa di kawasan seperti Damansara Heights dan Mont' Kiara menurun sepanjang tempoh kajian, dipengaruhi oleh faktor seperti perubahan keutamaan penyewa, perubahan gaya hidup, peningkatan pilihan dalam pasaran sewaan dan persaingan yang semakin sengit daripada penginapan alternatif," katanya.

Menuju ke hadapan, firma itu berkata, pasaran hartanah kediaman di Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan stabil pada 2025, didorong oleh pemulihan pasca pandemik serta disokong oleh inisiatif kerajaan untuk mempromosikan pemilikan rumah dan menangani cabaran dari aspek kemampuan.

"Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sejak Mei 2023, mewujudkan persekitaran yang stabil untuk peminjam dan pelabur hartanah.

"Kadar yang stabil ini memberikan kepastian kepada pembeli rumah kali pertama, sekali gus merangsang permintaan terhadap hartanah kediaman," katanya.
January 15, 2025
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

The July Auction Carnival 2025, held in conjunction with NCM Co’s 38 Years of Auction Excellence

July 30, 2025
OPR turun lagi

OPR turun lagi

Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan

July 30, 2025

Recent Auctions

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Mega Tas, Pahang

RM 350,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Bandar Kuantan Putri, Pahang

RM 226,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Damai 3, Johor

RM 100,000

Find Auction Property