AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Kenali hak milik strata


Kediaman bertingkat sering dikaitkan dengan hak milik strata. Hak milik strata adalah salah satu daripada tiga jenis hak milik tanah yang digunakan di negara ini. Malah hak milik strata ialah bukti pemilikan ke atas unit tertentu dalam sesebuah projek.

Terma 'strata' diperkenalkan pada pertama kalinya secara rasmi pada tahun 1985, kesan daripada struktur berbilang tingkat yang berkembang bersama pembandaran bandar-bandar besar. 

Selepas pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 (SMA 2013), isu strata mula dibincangkan. Ini kerana akta berkenaan memberikan peruntukan yang lebih jelas serta lebih ketat mengenai pengurusan hartanah dengan hak milik strata di negara ini termasuk kediaman, perdagangan dan pembangunan bercampur.

Secara ringkasnya, hak milik strata adalah jenis hak milik tanah yang dikeluarkan untuk hartanah berstrata. Bermakna, anda dan pemilik apartmen atau kondominium memiliki unit atau petak tertentu serta bertanggungjawab ke atas harta bersama yang dikenali sebagai kawasan sepunya. Ia termasuk kolam renang, gimnasium, lif, tempat istirahat dan mana-mana kawasan yang bukan kepunyaan pemegang unit strata individu.

Bagaimanapun, ramai pemilik yang kurang memahami kepentingan hak milik strata. Ia sebenarnya boleh dijadikan cagaran untuk permohonan pembiayaan dari pihak bank.

Pada masa sama, hak milik strata juga berfungsi sebagai bukti kawasan binaan unit anda dan pembahagian bahagian anda dalam jumlah unit agregat. Ia sekali gus membolehkan pengiraan yuran penyelenggaraan dilakukan jawatankuasa pengurusan. 

Selain itu, mempunyai hak milik strata juga membantu mencegah komplikasi jika pemaju berada dalam pembubaran atau tidak solven.

February 5, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM

Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM

Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas...

June 30, 2026
Pasaran Lelong Hartanah: Fahami Risiko, Rebut Peluang

Pasaran Lelong Hartanah: Fahami Risiko, Rebut Peluang

Memiliki kediaman sendiri pada usia muda atau sebagai pembeli rumah pertama sememangnya satu pencapaian...

June 30, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Tanjung Minyak Utama, Melaka

RM 250,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Permatang Pasir Perdana, Melaka

RM 480,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Perpaduan 2, Kedah

RM 350,000

Find Auction Property