AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Perlu ilmu beli rumah pertama


BAGI pemilik kediaman terutama rumah pertama, saat mendapat kunci adalah situasi paling mengujakan kerana impian memiliki hartanah sendiri tercapai.

Dalam keterujaan itu beri perhatian kepada beberapa perkara bagi mengelakkan timbulnya situasi yang membuatkan anda tidak tidur lena.

1. Kunjungi rumah baru anda
Walaupun sudah beberapa kali anda turun padang ketika proses pembinaannya, sebaik mendapat kunci adalah lebih baik anda segera ke kediaman itu.

Periksa dengan teliti segenap sudut. Pastikan rumah dalam keadaan baik sebelum berpindah masuk. Pastikan saluran paip dan air tiada kebocoran atau masalah pada paip berkenaan. Periksa semua soket elektrik dan lampu untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

Tinjau pintu dan tingkap mudah ditutup atau sebaliknya dan dapat dikunci dengan baik. Bermakna, jika ada yang didapati rosak, ambil tindakan awal segera dan maklumkan kepada pemaju berkenaan kecacatan yang dikenal pasti. Elakkan menunggu terlalu lama untuk membuat laporan kecacatan itu kepada pemaju.

2. Tukar kunci rumah segera
Beri keutamaan kepada keselamatan kediaman anda dengan menukar kunci rumah.

Jika anda membeli kediaman sekunder ('sub sale') terutamanya, walaupun pemilik lama kelihatan jujur, anda tidak dapat memastikan siapa lagi yang mungkin mempunyai salinan kunci berkenaan.

Begitu juga situasinya dengan baru. Tindakan menukar kunci secepat mungkin antara usaha mengawal sepenuhnya akses ke rumah anda.

3. Simpan dokumen penting
Pelbagai dokumen penting berkenaan pembelian rumah anda itu perlu dijaga rapi. Dokumen perjanjian jual beli, polisi insurans dan dokumen pinjaman dan geran tanah adalah aset berharga yang memerlukan penyimpanan teratur dan selamat.

4. Insurans rumah
Selepas memiliki kediaman, mendapatkan perlindungan insurans kini dilihat sebagai perkara penting khususnya insurans bencana bagi membantu anda menuntut pampasan sekiranya berlaku perkara tidak diingini. Tapi semuanya bergantung kepada jenis polisi yang diambil untuk kediaman anda itu.

5. Dekorasi
Selepas segalanya berjalan lancar, kecacatan sudah diperbaiki dan jeriji dipasang mengikut standard ditetapkan, anda boleh mula merancang penataan sesuai untuk kediaman anda itu.

Tidak perlu terburu-buru, kerana ketelitian dalam memilih konsep dekorasi sesuai mempengaruhi keselesaan anda dan penghuni lain.

Justeru rancang sebaiknya.

Kesilapan biasa pembeli rumah pertama
1. Semakan
Kebanyakan pembeli tidak membuat semakan kelayakan pinjaman sebaiknya terlalu teruja untuk memiliki kediaman sendiri.

Apabila didapati tidak layak, timbul kekecewaan kerana kediaman ingin dibeli itu di luar bajet dan kemampuan kewangan.

2. Kos tersembunyi
Membeli kediaman pertama tidak hanya membayar deposit semata-mata, kerana ada kos lain termasuk yuran guaman, insurans, cukai dan lain-lain sebagainya.

3. Lokasi
Ada yang berpendapat membeli kediaman harga murah tetapi bekerja dalam jarak yang jauh adalah sesuatu yang berbaloi sedangkan tindakan itu mengundang masalah di kemudian hari.

Anda perlu ambil kira kos ke tempat kerja termasuk petrol, tol dan penyelenggaraan kenderaan.

4. Ejen hartanah profesional
Ramai yang memandang remeh berkenaan ejen hartanah profesional sedangkan golongan itu boleh membantu anda sentiasa berkongsi maklumat lebih tepat, menjimatkan masa, tenaga dan mengelakkan kesilapan besar.
May 14, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Bandar Baru Chendor, Pahang

RM 207,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Kampung Raja Uda, Selangor

RM 450,000

Find Auction Property