AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Dua rumah, satu strategi


MELIHAT kepada potensi hartanah di sekitar Lembah Klang sebagai satu platform pelaburan hartanah yang menarik, rumah dibeli bukan untuk dihuni, tetapi disewakan.

Itu antara pendekatan yang dilakukan Nazahiyah Mohd Hadzhir apabila membeli rumah pertama pada 2013 dengan harga RM90,000 seunit di Puncak Alam, Selangor.

Baginya membeli rumah pertama pada harga lebih murah adalah berbaloi untuk perancangan pelaburan pada masa depan.

Selepas 12 tahun Nazahiyah mengambil keputusan membeli rumah kedua di Cyberjaya pada harga sekitar RM300,000 iaitu sebuah apartmen yang mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air serta kedudukan aset itu juga amat strategik.

"Pada awalnya ketika saya membeli rumah pertama pada 2013, ramai yang mengatakan lokasinya agak jauh memandangkan saya bekerja di Putrajaya. Hakikatnya saya sudah mempunyai perancangan untuk menjadikan rumah itu sebagai aset pelaburan dan bukan untuk dihuni.

"Pada saya tidak mengapa bagi individu bujang seperti saya menyewa sahaja di rumah lebih murah, tetapi selesa untuk dihuni walaupun mempunyai rumah sendiri," katanya.

Jelasnya, perancangan membeli rumah adalah perkara amat penting kerana perlu tahu ia untuk dihuni atau sebagai satu instrumen pelaburan.

Sekiranya untuk dihuni pastinya perlu mempunyai elemen lebih serasi dengan keperluan peribadi.

"Pada peringkat awal membeli rumah, saya meletakkan objektif untuk menjadikan rumah itu sebagai aset pelaburan. Jadi, faktor yang perlu saya ambil kira ialah kedudukan strategik dan bakal mempunyai permintaan tinggi.

"Rumah pertama itu, selepas sahaja saya mendapat kunci, tidak sampai dua bulan sudah mempunyai permintaan daripada penyewa dan sehingga kini, saya sewakannya. Malah hasil sewaan itu, memberi sedikit keuntungan kepada saya setiap bulan," katanya.

Katanya, rumah kedua di Cyberjaya berkeluasan 850 kaki persegi itu dilihat mempunyai potensi besar untuk disewakan.

Jelasnya, rumah itu mempunyai ciri-ciri kepadatan yang rendah, dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk dua parkir. Cumanya tiada kemudahan kolam renang.

"Bagi saya apabila tiada kolam renang, boleh menjimatkan kos bulanan untuk membayar yuran penyelenggaraan dan saya tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan membeli rumah kedua itu.

"Rumah kedua ini, juga saya bercadang untuk disewakan kerana ia terletak di kawasan mempunyai permintaan tinggi terutama dalam kalangan pelajar dan mereka yang bekerja di kawasan sekitar Cyberjaya," katanya.

Jelasnya, dia sentiasa membuat perancangan rapi untuk membeli rumah terutama dari segi pengurusan aliran tunai. Baginya, membeli rumah pada harga lebih rendah terlebih dahulu adalah lebih berbaloi.

"Dari awal saya membeli rumah, memang saya cari rumah dijual pada harga amat rendah, tetapi ia mempunyai potensi disewakan. Pada saya apabila rumah pertama lebih murah, ia boleh memberi pulangan dan menjana pendapatan untuk saya membeli rumah seterusnya pada harga lebih tinggi sedikit.

"Jadi, strategi itu saya lihat menjadi kerana hasil tabungan pembelian rumah pertama yang disewakan itu, saya boleh membeli rumah kedua pada harga sedikit tinggi," katanya.

Katanya, sebelum membuat keputusan membeli sesuatu rumah, perkara yang dititikberatkan adalah lokasi strategik dan pemaju hartanah mempunyai rekod baik.

"Apabila rumah yang dibeli terletak di lokasi strategik iaitu di kawasan yang mudah diakses dengan jalan raya utama, dekat dengan kawasan komersial dan kemudahan seperti sekolah atau hospital, ia boleh mendapat permintaan tinggi daripada penyewa.

"Dari segi pemaju pula, walaupun kita membeli rumah pada harga murah, tetapi kualiti rumah itu perlu dititikberatkan supaya pada masa depan, tidak berlaku masalah kerosakan rumah dan kos perlu ditanggung oleh saya," katanya.

Katanya, dia merancang membeli sebuah rumah lebih selesa di kampungnya di Kedah apabila pencen dan aset yang dimiliki di sekitar Lembah Klang boleh dijadikan pendapatan pasif.

"Selain itu, mungkin pada masa depan untuk mendirikan rumah sendiri di kampung, saya boleh mencairkan rumah yang saya beli di sekitar Lembah Klang. Saya mendapati harga rumah sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

"Namun, bagi memastikan harga itu berpotensi untuk meningkat, saya membuat tinjauan dahulu harga rumah di sekitarnya bagi melihat kadar jualan sama ada meningkat atau sebaliknya," katanya.
May 21, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

The July Auction Carnival 2025, held in conjunction with NCM Co’s 38 Years of Auction Excellence

July 30, 2025
OPR turun lagi

OPR turun lagi

Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan

July 30, 2025

Recent Auctions

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Mega Tas, Pahang

RM 350,000

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

RPT Batu 5, Perak

RM 260,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Bandar Kuantan Putri, Pahang

RM 226,000

Find Auction Property