AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Bajet biar realistik


SEMUA orang berkeinginan untuk membeli rumah, tetapi tidak semua mampu memenuhi hasrat itu.

Impian memiliki rumah pertama juga pasti menjadi kenyataan jika kena dengan cara dan tidak membebankan anda di kemudian hari.

Dalam apa jua keadaan, tingkatkan pengetahuan anda berkenaan dunia pelaburan hartanah supaya anda tidak tersilap langkah.

Memiliki hartanah pada usia muda umpamanya memberikan kelebihan tersendiri apabila nilai hartanah semakin meningkat setiap tahun.

Hakikatnya, lebih awal anda mula lebih banyak masa untuk hartanah itu dimanfaatkan dan memberi pulangan tinggi pada masa depan.

Jika anda mula membeli hartanah pada usia 25 tahun dengan tempoh pinjaman 30 tahun, anda boleh bebas hutang rumah sebelum umur 55 tahun.

Ini sudah tentu memberi peluang untuk anda menikmati hidup tanpa beban kewangan yang meresahkan.

Fikirkan juga rumah pertama itu untuk didiami atau disewakan.

Jika anda ada duit tunai yang banyak ada sesetengah pakar hartanah tidak mencadangkan anda membeli rumah secara tunai.

Elakkan terbeli rumah yang 'salah' seperti harga yang mahal, kawasan kurang tumpuan atau tidak strategik, tiada kemudahan dan sukar dari segi capaian jalan raya atau lebuh raya.

Orang muda juga pastinya mempunyai cita rasa berbeza dan ia boleh berubah bila-bila masa.

Mungkin satu ketika rumah pertama yang anda diami ingin dijadikan rumah sewa.

Bermakna komitmen bulanan untuk pembiayaan bank boleh dilunaskan menerusi bayaran sewa setiap bulan.

Cita rasa berbeza juga menyebabkan ada orang muda yang berminat memiliki rumah sekunder (sub sale) sebagai rumah pertama.

Bagaimanapun, fahami sepenuhnya apa itu rumah 'sub sale' sebenarnya.

Antara kelebihan rumah 'sub sale' ialah lokasi strategik, matang, ada harga lebih rendah berbanding rumah baru dan keadaan rumah yang sudah siap.

Kediaman jenis itu juga memberi peluang pembeli melihat keadaan sebenar rumah sebelum membuat keputusan.

Tetapkan bajet yang realistik berdasarkan kemampuan kewangan anda sendiri.

Selepas menetapkan bajet, langkah seterusnya ialah mencari rumah yang sesuai dengan situasi kewangan anda.

Anda juga perlu mengambil kira kos seperti harga rumah, bayaran pendahuluan, yuran guaman, duti setem dan kos pengubahsuaian (bergantung keadaan rumah).

Jika masih buntu, teruskan membuat carian di internet, meninjau pameran hartanah atau dapatkan khidmat ejen hartanah profesional bagi merealisasikan impian anda memiliki rumah impian.
May 21, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

Service Apartment

Service Apartment

Residensi Estetika (Astetica Residences), Selangor

RM 500,000

Find Auction Property