AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Sisi positif beli banglo


Lazimnya pelaburan hartanah lebih tertumpu kepada kediaman jenis kos rendah dan sederhana kerana faktor harganya yang mampu milik.

Tetapi, sebenarnya menjadikan rumah banglo sebagai pelaburan antara tindakan bijak, namun tidak ramai memilih kediaman jenis ini disebabkan harganya tinggi.

Hanya golongan berpendapatan tinggi sahaja mampu memiliki hartanah mewah berkenaan yang ada kalanya mempunyai lebih satu unit.

Empat sebab rumah banglo adalah pelaburan bijak:

1. Nilai hartanah jangka panjang stabil
Rumah banglo mempunyai peningkatan harga yang konsisten. Ini disumbangkan beberapa faktor iaitu lokasi, kemudahan dan pasaran semasa. 

Selalunya lokasi rumah banglo berada dalam kawasan strategik, sedang berkembang atau mempunyai akses kemudahan awam yang lengkap. Kadar pertumbuhan rumah banglo sekitar lima hingga 10 peratus setahun.

2. Ruang peribadi
Secara umum, rumah banglo setingkat mempunyai keluasan antara 1,500 hingga 3,000 kaki persegi. Manakala rumah banglo dua tingkat boleh mencapai 2,500 hingga 5,000 kaki persegi. Saiz yang luas ini membolehkan rumah memiliki ruang yang selesa dan peribadi untuk keluarga. Rumah yang luas ini lebih mudah untuk mengadakan aktiviti bersama keluarga.

3. Potensi kenaikan sewa tinggi
Ini kerana lokasi strategik dan saiz yang luas menyebabkan kediaman itu sentiasa mendapat permintaan tinggi untuk disewa.Faktor ini juga menjadikan kadar sewa lebih kompetitif.

Pemilik rumah boleh menaikkan kadar sewaan setiap tahun dan mendapat pulangan pelaburan yang baik.

4. Persekitaran tenang dan selamat
Oleh kerana harganya yang mahal, rumah ini dibina di kawasan elit dengan persekitaran selamat dan tenang. Pemaju juga membina perumahan ini lengkap dengan landskap moden yang menambahkan ciri-ciri rumah mewah.

Selain itu, kawasan perumahan banglo turut dilengkapi sistem keselamatan yang canggih. Semua ciri-ciri ini diinginkan pemilik rumah mewah.
June 18, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

RPGT: Property transfer must be reported to LHDN within 60 days

RPGT: Property transfer must be reported to LHDN within 60 days

Both parties involved in any property ownership transfer transactions in Malaysia are required to report to the (HASiL)

September 10, 2025
Cakna status hak milik

Cakna status hak milik

Pemilik selalu hanya memberi fokus terhadap komitmen ansuran bulanan dan nilai hartanah berbanding isu terpencil lain

September 10, 2025

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

RPT Batu 5, Perak

RM 260,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Bandar Kuantan Putri, Pahang

RM 226,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Damai 3, Johor

RM 100,000

Find Auction Property