AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Sektor hartanah dijangka terus meningkat


Kuala Lumpur: MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor hartanah Malaysia tahun ini dengan minat pembelian dijangka terus kukuh.

Dalam satu nota hari ini, bank pelaburan itu berkata, jualan hartanah secara amnya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, sekali gus dijangka menyokong pertumbuhan pendapatan pada masa depan.

Sementara itu, kesan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap syarikat hartanah dijangka memberikan kesan minimum berikutan bangunan kediaman dikecualikan daripada cukai SST sebanyak 6.0 peratus.

"Kesan pelaksanaan SST kepada pendapatan bangunan komersial dan perindustrian pula dijangka terhad, dengan impak margin diunjurkan kecil memandangkan permintaan terhadap kedua-dua jenis bangunan adalah kukuh," katanya.

Data Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan jumlah permohonan pinjaman meningkat tiga bulan berturut-turut bagi asas tahun ke tahun, menandakan permintaan pembelian yang semakin kuat.

MIDF Amanah berkata bagi suku pertama 2025, pendapatan syarikat hartanah kebanyakannya sejajar dengan jangkaan, dipacu oleh pembayaran berperingkat yang lebih tinggi bagi projek-projek yang sedang dijalankan.

"Jualan hartanah baharu juga adalah selari dengan jangkaan, dan kami menjangkakan peningkatan jualan pada separuh kedua 2025 seiring dengan peningkatan pelancaran projek," katanya.

Secara keseluruhan, bank itu berkata kebanyakan pemaju menyasarkan jualan yang lebih tinggi pada 2025, disokong oleh pasaran yang stabil dan permintaan yang konsisten terhadap hartanah.

Antara pilihan utama MIDF Amanah bagi sektor ini adalah Mah Sing Group Bhd, Matrix Concepts Holdings Bhd dan UOA Development Bhd dengan harga sasaran masing-masing pada RM1.37, RM2.05 dan RM1.98.

MIDF kekal positif terhadap Mah Sing, dipacu oleh prospek jualan baharu yang stabil melalui pelancaran projek kediaman mampu milik.

Ia mengekalkan prospek sama pada Eco World, disokong oleh sumbangan yang semakin meningkat daripada segmen pembangunan hartanah perindustrian.

"Selain itu, prospek pendapatan berulang juga bertambah baik melalui perjanjian pembinaan dan pajakan pusat data meningkatkan kejelasan pendapatan syarikat.

"Kami menjangkakan prospek pendapatan lebih baik bagi UOA Development, disokong oleh pengiktirafan keuntungan daripada projek sedia ada di Lembah Klang serta pendapatan daripada hartanah pelaburan," katanya.

Penyertaan sulung syarikat itu dalam pasaran hartanah Johor turut dijangka menyumbang kepada pertumbuhan jualan masa depan.

MIDF Amanah turut menambah bahawa hasil dividen UOA Development adalah pada kadar 5.5 peratus, sementara keadaan kewangan syarikat kekal kukuh disokong oleh kedudukan tunai bersihnya, kata bank itu.
June 18, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

RPGT: Property transfer must be reported to LHDN within 60 days

RPGT: Property transfer must be reported to LHDN within 60 days

Both parties involved in any property ownership transfer transactions in Malaysia are required to report to the (HASiL)

September 10, 2025
Cakna status hak milik

Cakna status hak milik

Pemilik selalu hanya memberi fokus terhadap komitmen ansuran bulanan dan nilai hartanah berbanding isu terpencil lain

September 10, 2025

Recent Auctions

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Sri Pantai, Pahang

RM 350,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Perumahan Bandar Kuantan Putri, Pahang

RM 226,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Damai 3, Johor

RM 100,000

Find Auction Property