AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Murah Tidak Semestinya Berbaloi


KEDIAMAN diubah suai mengikut cita rasa dan bajet antara impian semua pemilik.

Namun perjalanan untuk merealisasikannya boleh menjadi mimpi ngeri jika tersalah langkah dalam pemilihan kontraktor.

Arkitek profesional, Ar Azizul Azwar berkata, banyak masalah timbul apabila pemilik rumah terjerat dengan kontraktor tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pengubahsuaian dilakukan dengan tidak selamat atau lebih parah projek terbengkalai.

Katanya, masalah ini timbul apabila ramai dalam kalangan pemilik rumah cuba menjimatkan kos dengan tidak melantik perunding profesional dan mengabaikan penyediaan kontrak yang teliti.

"Penjimatan awal ini selalunya akan membawa kerugian lebih besar di kemudian hari. Sedangkan dengan mengeluarkan sedikit kos mendapatkan nasihat dan perkhidmatan profesional adalah langkah bijak untuk memastikan projek pengubahsuaian kediaman anda berjalan lancar, disiapkan mengikut piawaian dan paling penting, menyelamatkan anda daripada kerugian yang tidak dijangka," katanya.

Dalam hal ini, beliau berkongsi beberapa panduan yang boleh diguna pakai pemilik kediaman sebelum membuat sebarang pengubahsuaian kediaman.

Lantik arkitek dan jurutera profesional

Arkitek bertanggungjawab dalam mereka bentuk, menyediakan pelan terperinci dan menguruskan projek manakala jurutera akan memastikan struktur yang dibina adalah kukuh dan selamat.

Malah, arkitek memainkan peranan penting dalam penilaian bayaran. Kontraktor akan mengemukakan tuntutan bayaran kepada arkitek dan pemilik. Arkitek akan menyemak kemajuan kerja, memastikan ia disiapkan mengikut pelan dan piawaian yang ditetapkan sebelum mengeluarkan syor pembayaran.

Ini mengelakkan pemilik daripada membayar lebih daripada kerja disiapkan. Pada masa sama, arkitek dan jurutera membantu dalam penyediaan pelan dan permohonan kelulusan diperlukan daripada pihak berkuasa tempatan dan memastikan pengubahsuaian sah serta mengikut undang-undang.

Pilih kontraktor berdaftar Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Pastikan kontraktor anda berdaftar dengan CIDB. Pendaftaran ini memastikan kontraktor mempunyai kelayakan dan mematuhi piawaian industri. Sekiranya berlaku masalah, anda mempunyai saluran untuk membuat aduan rasmi.

Wujudkan kontrak bertulis yang jelas

Pemilik kediaman dinasihatkan, usah sekali-kali bergantung pada perjanjian lisan atau sekadar sebut harga. Sediakan kontrak hitam putih lengkap yang merangkumi skop kerja, jadual masa, kaedah pembayaran, syarat-syarat tambahan dan peruntukan jika berlaku kelewatan atau perubahan.

Kontrak akan menjelaskan sebarang percanggahan atau perubahan. Contohnya, jika pemilik menukar reka bentuk yang menyebabkan kelewatan atau jika kontraktor lewat menyiapkan projek. Kontrak juga akan memperuntukkan pampasan (liquidated damages) jika kontraktor gagal menyiapkan projek mengikut jadual.

Tetapkan kaedah pembayaran selamat

Elak kaedah pembayaran yang memerlukan anda membayar sejumlah besar wang terlebih dahulu sebelum kerja dimulakan. Pembayaran mengikut kemajuan kerja adalah kaedah paling disyorkan.

Pembayaran hanya dibuat selepas fasa kerja tertentu disiapkan dan disahkan arkitek atau perunding yang dilantik.

Sekiranya perjanjian pembayaran bulanan atau dua minggu sekali, pastikan ada klausa dalam kontrak yang membolehkan anda menghentikan pembayaran jika kerja tidak mencapai kemajuan ditetapkan.

Dapatkan kelulusan pelan bangunan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)

Sebarang pengubahsuaian struktur, tambahan ruang atau perubahan ketara perlu mendapat kelulusan pelan bangunan daripada PBT.

Kegagalan mendapatkan kelulusan boleh menyebabkan kerja diberhentikan serta-merta oleh PBT atau dikenakan penalti. Selain itu, kelulusan rasmi juga dapat mengurangkan risiko aduan melulu oleh jiran, memelihara hubungan kejiranan, serta memberi jaminan bahawa pengubahsuaian dilakukan secara sah dan selamat.

Arkitek berperanan menyediakan pelan bangunan yang lengkap dan mengemukakan permohonan kepada PBT bagi mendapatkan kelulusan. Arkitek juga akan memastikan reka bentuk memenuhi kehendak undang-undang kecil bangunan dan garis panduan teknikal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
July 15, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

KL still nation’s priciest rental market

KL still nation’s priciest rental market

While Malaysian renters and investors saw a welcome period of stability in the first quarter of 2025

July 15, 2025
Penurunan OPR tingkat kemampuan rakyat untuk memiliki rumah

Penurunan OPR tingkat kemampuan rakyat untuk memiliki rumah

Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus

July 15, 2025

Recent Auctions

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Mega Tas, Pahang

RM 350,000

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kampung Sri Kinta, Perak

RM 250,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Off Jalan Bukit Sekilau, Pahang

RM 700,000

Find Auction Property