AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Bukan sekadar sewa


Mengurus hartanah di Malaysia bukan sekadar membaiki paip bocor, memastikan kawasan perumahan kekal bersih atau 'mengejar' pemilik lewat membayar yuran penyelenggaraan.

Sebaliknya ada cabaran kompleks yang menuntut keseimbangan antara mengekalkan nilai hartanah, menjaga kepuasan penyewa, mematuhi pelbagai peraturan dan berdepan cuaca tidak menentu semakin mencabar.

Lima cabaran utama dalam pengurusan hartanah di Malaysia dan cara terbaik untuk mengatasinya:

1. Penyelenggaraan dan pembaikan.
Masalah
Mengurus penyelenggaraan umpama 'kerja' tidak berkesudahan kerana sentiasa timbul pelbagai masalah tidak dijangka.

Bermula daripada masalah kecil hingga masalah lebih besar. Jika tidak memberikan perhatian segera kepada masalah itu boleh menyebabkan kos penyelenggaraan tinggi dan penyewa tidak berpuas hati menyewa di rumah berkenaan.

Antara masalah biasa yang terjadi di Malaysia ialah kerosakan paip dan sistem elektrik rumah.

Penyelesaian
Pemeriksaan berkala adalah satu cara untuk mengesan masalah ini lebih awal. Perlu mempunyai pelan penyelenggaraan pencegahan bagi mengurangkan kerosakan.

Penyediaan dana simpanan khas untuk menampung kos pembaikan luar jangka supaya proses ini berjalan lancar.

2. Pengurusan kewangan dan belanjawan
Masalah
Mengurus kewangan hartanah bukan sekadar mengutip sewa semata-mata. Tanpa belanjawan yang jelas dan pemantauan rapi, boleh menyebabkan perbelanjaan lebih mudah menjadi tidak terkawal.

Sekali gus menjejaskan keuntungan dan menambah bebanan yang tidak sepatutnya.

Penyelesaian
Memastikan kewangan diurus dengan baik melalui belanjawan telus untuk penyelenggaraan, menaik taraf dan operasi harian.

Selain itu, membuat laporan kewangan terperinci bagi memantau perbelanjaan dan pendapatan.

3. Kelestarian dan tanggungjawab alam sekitar
Masalah
Penyewa dan pihak berkepentingan semakin mengharapkan inisiatif sumber tenaga mesra alam. Namun, pelaksanaannya memerlukan perancangan, pelaburan dan kepakaran teknikal.

Kebanyakan pemilik hartanah pula tidak mengetahui daripada mana ia harus bermula (penggunaan sumber tenaga mesra alam).

4. Penyesuaian teknologi dan integrasi bangunan pintar
Masalah
Penyewa hari ini menginginkan penyelesaian masalah yang lebih pantas dan pintar.

Penyelesaian
Sentiasa mengikuti trend teknologi hartanah terkini yang memberi manfaat melalui:

Portal komunikasi digital untuk interaksi lebih lancar. Pemantauan berasaskan internet kebendaan (IoT) bagi penggunaan tenaga lebih cekap dan keselamatan dipertingkat.

5. Pematuhan statutori dan keperluan undang-undang
Masalah
Mengurus undang-undang hartanah di Malaysia agak sukar kerana peraturannya berbeza mengikut negeri.

Kegagalan mematuhi bayaran statutori, piawaian keselamatan atau keperluan undang-undang lain boleh menyebabkan didenda pada kadar tinggi.

Manakala perubahan peraturan yang kerap pula menambah cabaran untuk sentiasa peka dan mengikuti perkembangan semasa.

Penyelesaian
Memastikan sentiasa mematuhi undang-undang melalui:

Pengurusan semua bayaran statutori seperti cukai pintu dan cukai taksiran. Sentiasa mengikuti perubahan undang-undang untuk melindungi kepentingan pemilik hartanah.
August 27, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Kenaikan harga tanah, perubahan gaya hidup dan keperluan demografi baharu mengubah landskap pembangunan...

March 25, 2026
Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Isu pembaharuan bandar mendapat perhatian di Malaysia susulan cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Bandar...

March 25, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Ros, Johor

RM 85,000

Find Auction Property