AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Langkah pencegahan agar tuan rumah tidak menjadi mangsa penyewa bermasalah


Mendapat penyewa yang bertanggungjawab adalah impian ramai tuan rumah.

Namun, hakikatnya bukan mudah kerana ramai tuan rumah menjadi mangsa 'penyewa dari neraka.'

Lima tip untuk mendapatkan penyewa bertanggungjawab.

1. Upah ejen hartanah
Jika anda ada kekangan masa untuk berurusan dengan bakal penyewa atas faktor kerja, maka boleh mengupah ejen hartanah.

Ejen hartanah adalah golongan profesional yang membantu tuan rumah melakukan beberapa perkara seperti menyediakan perjanjian sewa sah dan menguruskan lawatan rumah.

Selain itu, ejen juga bertindak sebagai wakil tuan rumah untuk perundingan harga sewa bagi pihak anda.

2. Periksa perangai
Perkara ini penting untuk mengetahui perangai bakal penyewa sama ada seorang yang bertanggungjawab atau sebaliknya.

Ini untuk memastikan bakal penyewa mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan dalam perjanjian sewa rumah.

Antaranya menjaga harta rumah yang disewa dan menjaga kebersihan rumah.

Cara pemeriksaan perangai bakal penyewa ialah dengan menghubungi tuan rumah terdahulu.

3. Tentukan kriteria penyewa
Langkah ini dilakukan untuk mengelakkan anda mengalami pengalaman buruk berulang dengan penyewa baharu.

Ini kerana setiap penyewa mempunyai sikap dan perangai berbeza. Sangat bertuah serta bernasib baik jika mendapat penyewa bertanggungjawab.

Dalam iklan sewa rumah perlu menyatakan secara jelas kriteria penyewa yang dikehendaki.

4. Jangan cepat buat keputusan
Jika ada ramai calon bakal penyewa, maka anda hendaklah membuat tapisan dengan teliti.

Jangan cepat membuat keputusan kerana bimbang tersalah pilih penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Sebaiknya mengetahui kedudukan kewangan mereka dan mampu membayar sewa mengikut waktu ditetapkan.

5. Sediakan perjanjian sewa yang jelas
Selain tempoh dan kadar sewaan, dalam perjanjian sewa itu perlu disertakan maklumat penyewa termasuk nombor kad pengenalan, alamat tetap serta alamat pejabat, tanggungjawab penyewa juga peraturan di rumah sewa.

Semua kontrak perjanjian bertulis ini perlu dipatuhi penyewa.

Tuan rumah boleh memberikan notis supaya pelanggaran diperbaiki, menamatkan kontrak dan mengusir penyewa.
October 1, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Perumahan strata dengan pelbagai fasiliti dominan di bandar

Kenaikan harga tanah, perubahan gaya hidup dan keperluan demografi baharu mengubah landskap pembangunan...

March 25, 2026
Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Memang proses kompleks tetapi tetap satu keperluan

Isu pembaharuan bandar mendapat perhatian di Malaysia susulan cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Bandar...

March 25, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Ros, Johor

RM 85,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 340,000

Find Auction Property