AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Dari Teruja ke Waspada: Tip Penting Sebelum Huni Rumah Baharu


Ibarat hanyut dalam kegembiraan, ramai pembeli terleka saat menerima kunci rumah baharu apabila mahu terus membuat pengubahsuaian selain membawa masuk perabot dan barangan kediaman.

Namun, di sebalik rasa teruja itu, sebenarnya ada perkara penting perlu pemilik beri perhatian sebelum melangkah masuk ke rumah berkenaan.

Hakikatnya, rumah baharu tidak semestinya sempurna apabila ada kes pintu tidak rapat, paip bocor, soket elektrik tidak berfungsi, malah ada juga kes serangga mula bertandang sebelum penghuni sempat berpindah masuk.

Tambahan pula, dengan urusan utiliti, yuran penyelenggaraan dan kos tersembunyi, jika tidak disemak lebih awal sudah pasti pengalaman masuk rumah impian boleh bertukar menjadi episod mimpi ngeri kerana mendatangkan tekanan kepada pembeli.

Justeru, penting setiap pembeli, terutama yang pertama kali membeli rumah, menyediakan senarai semak bagi menjimatkan masa dan wang mengelak menyesal di kemudian hari.

Berikut beberapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan pembeli sebelum memasuki rumah baharu:

1. Periksa kecacatan awal dengan menyemak dinding retak, uji aliran hujan, paip bocor, pendawaian dan soket elektrik berfungsi, pintu dan tingkap rapat elok selain rakam gambar dan video sebelum hantar laporan rasmi kepada pemaju dalam tempoh waranti (DLP).

2. Tukar set kunci utama demi keselamatan dan labelkan.

3. Pasang jeriji atau 'smart lock' untuk pintu dan tingkap utama sebelum membawa masuk barangan rumah.

4. Daftar atau aktifkan akaun untuk pembayaran bil utiliti lebih awal bagi mengelak kelewatan menghuni kerana bekalan utiliti belum berfungsi.

5. Lakukan pembersihan menyeluruh bagi membersihkan kekotoran, habuk dalam rumah serta dapatkan khidmat semburan kawalan serangga seperti lipas, semut, anai-anai dan tikus.

6. Buat ubah suai asas dengan utamakan pemasangan kipas, lampu dan kabinet dapur asas.

7. Selain bayaran pinjaman, sediakan kos tambahan deposit utiliti, yuran penyelenggaraan awal, 'sinking fund', kos pindah barang dan pembersihan dengan anggaran minimum RM5,000, bergantung jenis rumah.

8. Kenali jiran dan kejiranan sekitar dengan bertegur sapa dan menyertai kumpulan aplikasi WhatsApp atau Telegram.

9. Pilihan upacara masuk rumah mengikut budaya dan agama masing-masing contohnya Islam menganjurkan doa selamat dan bacaan Yasin.

10. Buat tabung kecemasan rumah dengan mengasingkan tiga hingga enam bulan komitmen bulanan rumah (bayaran bulanan dan penyelenggaraan).
October 8, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property