AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Waspada kontraktor tidak jujur


Ramai pemilik rumah mengalami kerugian puluhan ribu ringgit kerana ditipu kontraktor pembinaan.

Ada yang terus gagal menjejak kontraktor berkaitan, seterusnya terpaksa mendapatkan khidmat kontraktor baru.

Ini menyebabkan bajet pembinaan rumah melambung malah akhirnya membebankan pemilik kediaman.

Segmen P&P minggu ini berkongsi tip untuk mengelakkan pemilik rumah menjadi mangsa kontraktor pembinaan tidak bertanggungjawab.

1. Cari khidmat perundingan
Khidmat perundingan ini membantu pemilik rumah membuat keputusan tepat dalam memilih kontraktor pembinaan rumah.

Lazimnya, syarikat khidmat perundingan itu mengenali semua kontraktor pembinaan rumah, termasuk rekod kerja mereka.

Walaupun perbelanjaan pemilik rumah sedikit meningkat kerana perlu membuat bayaran atas perkhidmatan itu, tetapi itu adalah langkah terbaik bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

2. Kaji latar belakang kontraktor
Caranya, bertanya pelanggan lain yang pernah berurusan dengan kontraktor berkaitan untuk mengetahui reputasi kerja mereka.

Mesti mengetahui lokasi pejabat kontraktor pembinaan rumah beroperasi supaya mudah mengesan mereka jika memerlukan.

Pastikan kontraktor berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memiliki lesen di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Ini supaya anda boleh membuat aduan ke CIDB dan mengambil tindakan lanjut ke atas kontraktor yang menipu.

3. Tahu hak dan tanggungjawab sebagai pemilik rumah
Pemilik rumah perlu mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebelum kerja-kerja pembinaan rumah dimulakan.

Ia bertujuan untuk mengelakkan pemilik rumah daripada ditipu kontraktor.

Antara hak pemilik rumah ialah mendapat maklumat jelas mengenai kos dan jadual kerja serta diberi penjelasan terhadap sebarang perubahan semasa proses pembinaan.

4. Kontrak bertulis dalam proses pembinaan rumah
Perkara ini sering diabaikan pemilik rumah kerana kurang pendedahan dan kurang maklumat.

Mungkin juga kerana terlalu percaya dengan kontraktor berdasarkan maklum balas baik daripada pelanggan terdahulu.

Namun, pemilik rumah perlu tetap berhati-hati bagi mengelakkan timbul sebarang isu pada masa hadapan.

Kontrak bertulis merangkumi semua aspek pembinaan iaitu kos, jadual kerja dan spesifikasi binaan.
October 15, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

Gong Xi Auction Fair Draws Strong Interest from Both First-Time and Experienced Buyers

NCM Co’s Gong Xi Auction Fair drew strong attendance from both seasoned auction buyers and first-time bidders...

January 30, 2026
Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Tariff clarity drives strong uptick in Malaysia's industrial market

Clearer tariff policies have injected fresh momentum into Malaysia's industrial market, with demand rising sharply as tenants...

January 28, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

Service Apartment

Service Apartment

Residensi Estetika (Astetica Residences), Selangor

RM 500,000

Find Auction Property