AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Lokasi hartanah sesuai dengan harga pasaran


MEMILIKI rumah sendiri sememangnya idaman semua termasuk golongan muda.

Namun, untuk mencapai hasrat itu bukan mudah, lebih-lebih lagi apabila harga rumah terus menunjukkan trend meningkat saban tahun.Baru-baru ini, penganalisis dan persatuan hartanah menjangkakan harga rumah akan terus meningkat dengan unjuran kenaikan antara 10 hingga 15 peratus setahun, khususnya di kawasan Lembah Klang.

Jangkaan itu secara tidak langsung memberi tekanan kepada mereka yang baru membina kerjaya dan berhasrat membeli rumah pertama.

Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, kenaikan itu dilihat membebankan, tetapi golongan muda masih berpeluang memiliki kediaman sendiri asalkan mereka bijak mengurus kewangan dan memilih dengan strategi yang betul.

Menurut beliau, unjuran kenaikan harga rumah itu sebenarnya masih realistik, memandangkan kedudukan Lembah Klang yang menjadi pusat tumpuan ekonomi negara.

"Lembah Klang menawarkan pelbagai kemudahan, infrastruktur moden serta menjadi pusat kegiatan ekonomi yang mempunyai rantaian permintaan dan penawaran yang besar sekali gus memacu kenaikan harga rumah.

"Bukan itu saja, faktor seperti pertumbuhan pusat ekonomi baharu, kenaikan kos bahan binaan dan logistik turut menyumbang kepada peningkatan harga.

"Bagaimanapun, kerajaan juga perlu memantau pergerakan kenaikan harga rumah supaya ia tidak menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat, khususnya generasi muda bandar, " katanya.

Mohd Faisol percaya, golongan muda masih boleh memiliki rumah sendiri jika mereka berdisiplin dalam kewangan dan membuat pilihan yang rasional.

Menurutnya, masih praktikal untuk membeli rumah dalam masa terdekat, tetapi dengan syarat.

"Mereka perlu membuang tabiat suka berbelanja mengikut kemahuan dan bukan keperluan hidup.

"Pilih rumah yang menawarkan pakej lengkap seperti perabot, katil, rak televisyen dan kabinet dapur kerana itu dapat menjimatkan kos mereka kelak," katanya.

Beliau turut menyarankan supaya golongan muda memilih rumah jenis strata yang lebih mampu milik serta mencari kediaman di kawasan sedikit jauh dari pusat bandar jika harganya lebih rendah.

"Selain itu, cuba dapatkan rumah yang ditawarkan di bawah projek kerajaan negeri atau Persekutuan oleh pemaju tertentu. Ini kerana, rumah sebegini biasanya mampu dimiliki dan menjadi agenda kerajaan dalam membantu generasi muda memiliki rumah pertama mereka," katanya.

Bagi yang berhasrat membeli rumah dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, Mohd Faisol menasihati mereka supaya mula dengan perancangan kewangan yang berdisiplin dan tersusun.

Katanya, langkah pertama ialah menetapkan azam untuk memiliki rumah, bukan sekadar sebagai tempat tinggal, tetapi sebagai aset.

"Kedua, cari lokasi rumah yang ingin dibeli yang mempunyai potensi pembangunan dan infra yang lengkap untuk tempoh lima tahun akan datang seperti sekolah, masjid, klinik, kedai dan stesen minyak selain berhampiran jalan utama.

"Selain itu, utamakan simpanan dan pelaburan ke atas aset yang mampu milik dan memberi pulangan tinggi seperti emas.

"Akhir sekali, cari sumber pendapatan tambahan yang sah untuk menambah pendapatan isi rumah selain, manakala pasangan suami isteri pula perlu berbincang dan menyusun bajet bersama secara kolektif," katanya.

Beliau turut menasihati golongan muda untuk mengelak membeli barangan yang tidak perlu dan membazir seperti rokok, vape, kereta berjenama yang tidak sesuai dengan tangga gaji.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Mohd Faisol menegaskan bahawa generasi muda tidak seharusnya menunggu masa yang dianggap 'sempurna' untuk membeli rumah.

"Mulakan langkah sekarang mengikut kemampuan kerana harga rumah meningkat setiap tahun.

"Mereka juga perlu bijak mencari peluang menggandakan pendapatan melalui pelaburan yang selamat dan konsisten.

"Apabila kerjaya semakin kukuh selepas lima tahun, barulah fikirkan untuk membeli rumah yang ingin dijadikan kediaman utama bersama keluarga bagi melahirkan kesejahteraan hidup berkualiti dan stabil," katanya.
November 19, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Rumah baharu, duduk selesa

Rumah baharu, duduk selesa

Berdasarkan NAPIC pada 2024, 20 peratus daripada transaksi jualan hartanah yang terjual...

November 19, 2025
Property sector set for major digital change

Property sector set for major digital change

Malaysia’s property sector is set for a major digital transformation as the government accelerates...

November 19, 2025

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 200,000

[Facing main road - Persiaran Surian] 5 Storey Shop Office [Good for investment or own use]

[Facing main road - Persiaran Surian] 5 Storey Shop Office [Good for investment or own use]

Pusat Perdagangan Pelangi, Selangor

RM 4,500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Off Jalan Bukit Sekilau, Pahang

RM 700,000

Find Auction Property