AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Cabaran pemilik rumah


Daripada bil pembaikan kian meningkat hinggalah kepada masalah penyelenggaraan kediaman berulang, pemilik rumah di Malaysia berdepan cabaran yang semakin membebankan.

Tinjauan Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) bersama Nippon Paint mendapati, isu penyelenggaraan bukan sahaja menjejaskan kewangan, malah memberi tekanan emosi kepada keluarga kerana ramai mengadu kerja pembaikan jarang bertahan lama.

Kajian mendapati, lebih 87 peratus pemilik rumah pernah mengalami masalah kalis air dengan 65 peratus mengalaminya dalam dua tahun terakhir.

Antara masalah paling kerap berlaku ialah dinding lembap (59 peratus), kebocoran jelas (56 peratus) dan retakan pada siling atau dinding (43 peratus).

Ia paling banyak membabitkan bumbung dan bilik air, kawasan penting untuk keselamatan serta nilai hartanah.

Walaupun ramai sanggup berbelanja antara RM20 hingga RM99 sekaki persegi bagi kerja pembaikan, hanya 45 peratus mengakui masalah benar-benar selesai selepas dibaiki.

Bagi selebihnya, hasil kerja hanya memberi kelegaan sementara, sekali gus menjejaskan keyakinan dan membahayakan nilai hartanah dalam jangka panjang.

Presiden MIPFM Ishak Ismail berkata, isu membabitkan penyelenggaraan memberi kesan kepada pemilik, bukan sekadar kos semata-mata, malah beban emosi dan kewangan.

Kata Ishak, lebih separuh responden mengaku berasa risau atau bimbang terhadap keadaan rumah mereka dan ramai juga berasa kecewa, tertekan serta malu apabila tetamu bertandang.

"Pemilik rumah mahukan ketenangan, tetapi masalah yang berulang meragut rasa selamat itu.

"Melalui tinjauan bersama ini, kita dapat menekankan kepentingan meningkatkan standard dan akauntabiliti dalam penyelenggaraan, supaya keluarga akhirnya dapat penyelesaian yang boleh dipercayai," katanya.

Dalam pada itu, walaupun kebanyakan pemilik rumah sedar bahawa kalis air adalah bahagian penting penyelenggaraan, tetapi masih ramai yang kurang faham mengapa ia begitu kritikal.

Ia menyebabkan banyak masalah berulang seperti kebocoran, retakan dan dinding lembap yang berpunca daripada sistem kalis air yang tidak diselenggara dengan betul.

Kurangnya kesedaran itu menyebabkan masalah terbabit sering dipandang ringan atau ditangguh, sehingga akhirnya menjadi lebih serius dan mahal untuk dibaiki.

Meskipun majoriti pemilik rumah menggunakan khidmat profesional, hampir separuh mengakui masalah hanya selesai sementara sebelum rosak semula.

Ini menyebabkan ramai pemilik kediaman hilang keyakinan dan kecewa dengan hasil kerja penyelenggaraan yang dilakukan.

Hasil kajian itu juga menunjukkan bahawa harga semata-mata bukan penentu kerana pemilik rumah lebih mementingkan bahan dan mutu kerja berkualiti berbanding hanya kos murah.

Pemilik juga rela membayar lebih jika yakin masalah tidak akan berulang.

Selain itu, jaminan jelas dan jangka panjang juga menyebabkan ramai pemilik mahukan kepastian yang mereka tidak akan menanggung kos sama berulang kali.

Ishak berkata, pemilik rumah bukan sekadar membeli kerja pembaikan, mereka membeli ketenangan fikiran.

"Pemilik mahu ketahanan, ketelusan dan akauntabiliti yang mana nilai yang dirasakan masih kurang dalam pengalaman mereka sebelum ini.

"Diharapkan, hasil tinjauan ini dapat menjadi panduan kepada penggiat industri untuk memperkukuh amalan profesional.

"Ia secara tidak langsung membantu pemilik rumah di Malaysia untuk mengekalkan nilai hartanah serta kesejahteraan keluarga," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia Tay Sze Tuck berkata, pihaknya memahami kekecewaan pemilik rumah apabila masalah sama berulang, daripada kebocoran bumbung dan dinding, hingga bilik air serta balkoni.

Katanya, hasil tinjauan itu menunjukkan, masih ramai belum jelas mengapa sistem kalis air yang betul penting untuk mencegah masalah daripada menjadi lebih serius.

"Peranan kami bukan hanya menyediakan penyelesaian, tetapi juga meningkatkan kesedaran bahawa kalis air adalah benteng pertama untuk rumah yang selamat dan tahan lama.

"Kerana itu kami menawarkan rangkaian lengkap sistem kalis air untuk pemilik rumah.

"Ia direka khas untuk memberi perlindungan tahan lama serta ketenangan fikiran kepada keluarga," katanya.
November 27, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Jadilah pembeli yang teliti dan bijak sebelum membeli

Jadilah pembeli yang teliti dan bijak sebelum membeli

Disebabkan faktor lokasi matang, harga lebih stabil dan kemudahan lengkap tersedia...

November 27, 2025
Preventing real estate inheritance from freezing

Preventing real estate inheritance from freezing

In Malaysia, real estate holds a dual identity. It is simultaneously the most significant wealth-building...

November 27, 2025

Recent Auctions

[Facing main road - Persiaran Surian] 5 Storey Shop Office [Good for investment or own use]

[Facing main road - Persiaran Surian] 5 Storey Shop Office [Good for investment or own use]

Pusat Perdagangan Pelangi, Selangor

RM 4,500,000

Apartment

Apartment

R/P Bandar Bukit Tinggi 2, Selangor

RM 190,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Setia, Kedah

RM 300,000

Find Auction Property