AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Cukai lebih tinggi, jika jual hartanah yang baharu dibeli


Ramai pemilik rumah hari ini mula rasa terhimpit dengan komitmen kewangan, perubahan pekerjaan atau mahu berpindah ke lokasi lebih sesuai dengan keluarga.

Soalan yang selalu bermain di minda, adakah boleh pemilik menjual rumah yang baru siap sebelum cukup tempoh lima tahun?

Ramai beranggapan ia satu kesalahan, namun realitinya, undang-undang membenarkan.

Cuma ada syarat dan kos yang pemilik wajib tahu sebelum membuat keputusan terburu-buru.

Peguam hartanah, Herdawaty Abu Othman berkata, penjualan hartanah dalam tempoh kurang lima tahun memang dibenarkan, namun pemilik perlu bersedia dengan implikasi cukai terutamanya Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).

"Semakin cepat rumah dilupuskan, semakin tinggi kadar cukai yang dikenakan.

"Jika rumah dijual dalam tempoh dua hingga lima tahun, pemilik berdepan cukai sehingga 15 hingga 30 peratus daripada keuntungan," katanya.

Herdawaty yang bertugas di firma Tetuan Razak Shahril & Co dan mempunyai pengalaman 25 tahun dalam bidang itu turut mengingatkan, ramai pemilik rumah cenderung terlepas pandang perkara itu sehingga keuntungan yang sepatutnya lumayan, akhirnya 'memakan diri' akibat cukai yang tinggi.

"Status rumah sama ada pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold) tidak mengubah hak untuk menjual dalam tempoh lima tahun.

"Namun, bagi hartanah leasehold, prosesnya memerlukan sedikit masa tambahan kerana penjualan hanya boleh diteruskan selepas mendapat kelulusan Pejabat Tanah atau Daerah.

"Begitu juga kawasan tertentu yang memerlukan kebenaran kerajaan negeri, ia tidak menghalang penjualan, cuma akan mengambil sedikit masa sebelum kebenaran diperoleh.

"Untuk rumah projek baharu, situasinya berbeza sedikit. Jika hartanah masih dalam tempoh jaminan kecacatan (Defect Liability Period), pemilik masih boleh membuat jualan 'subsale' tetapi perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemaju," katanya.

Herdawaty berkata, rumah yang masih belum siap (under construction) juga boleh dilepaskan lebih awal, namun pemilik perlu sedar risikonya, antara yang biasa berlaku ialah kelewatan proses, perubahan serta penambahan syarat atau penalti tertentu bergantung pada kontrak pemaju.

"Walaupun proses jualan awal ini dibenarkan, diharapkan pemilik melantik peguam hartanah yang berpengalaman kerana ramai pemilik tidak tahu bahawa terdapat pengecualian atau peremitan di bawah undang-undang.

"Ia termasuk pengecualian daripada cukai keuntungan hartanah (RPGT) yang boleh digunakan sekali seumur hidup di bawah Seksyen 8, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

"Langkah ini boleh menjimatkan pemilik puluhan ribu ringgit. Namun, semua ini hanya dapat dipastikan selepas peguam menilai situasi kes demi kes serta dokumen yang disediakan bagi melayakkan untuk mendapat pengecualian.

"Dokumen berkenaan seperti resit renovasi, pembayaran bil kontraktor serta peguam atau apa jua bil yang telah dibayar bagi tujuan membaik pulih dan mengekalkan hartanah" katanya.

Menurutnya, antara dokumen penting yang biasanya diperlukan pada peringkat awal termasuk Perjanjian Jual Beli terkini serta rekod cukai pintu yang terbaru.

"Dokumen lain akan menyusul mengikut jenis hartanah dan syarat negeri masing-masing," katanya.

"Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan satu perkara yang paling banyak dilupakan pemilik iaitu, jangan pernah membuat keputusan menjual ketika terdesak.

"Jika masalah kewangan menjadi punca, ada pilihan lebih selamat seperti pembiayaan semula (refinancing) yang mana kaedah ini membolehkan pemilik mengurus aliran tunai tanpa melepaskan hak milik hartanah sepenuhnya," katanya lagi.

Menurut Herdawaty, sebelum menjual, pemilik juga wajib melakukan penilaian ke atas hartanah mengikut nilai pasaran terkini.

"Ada yang menjual terlalu rendah kerana tergesa-gesa, sedangkan harga pasaran mungkin jauh lebih tinggi.

"Ini penting bukan sahaja untuk mendapatkan pulangan yang adil, tetapi juga bagi mengira keuntungan sebenar dan jumlah cukai RPGT yang akan dikenakan," katanya.

Beliau turut menitip pesanan supaya pemilik melantik peguam sendiri, bukan berkongsi peguam dengan pembeli hanya kerana ingin menjimatkan kos.

"Bayar lebih sedikit untuk pastikan hak anda terjaga," katanya.

Herdawaty juga mengingatkan satu perkara iaitu proses jual beli hartanah tidak wajar dibuat dalam keadaan tidak sabar.

"Buat kajian, dapatkan nasihat profesional dan percaya kepada proses keseluruhan, jika diurus dengan betul, penjualan awal tidak akan merugikan pemilik," katanya.

"Menjual rumah dalam tempoh kurang lima tahun bukan satu kesalahan, tetapi satu keputusan kewangan yang mesti dibuat dengan ilmu yang betul," katanya lagi.
December 3, 2025
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Tujuh kesilapan sering dibuat pembeli rumah kali pertama

Tujuh kesilapan sering dibuat pembeli rumah kali pertama

Pembelian rumah pertama merupakan antara keputusan kewangan paling besar...

December 3, 2025
Biasakan diri 'kritikal' terhadap latar belakang ejen

Biasakan diri 'kritikal' terhadap latar belakang ejen

Membeli rumah bukan perkara main-main kerana ia membabitkan pelaburan besar...

December 3, 2025

Recent Auctions

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Seri Setali Intan, Pahang

RM 440,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Off Jalan Bukit Sekilau, Pahang

RM 700,000

Apartment

Apartment

R/P Bandar Bukit Tinggi 2, Selangor

RM 190,000

Find Auction Property