AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Sektor hartanah Malaysia rekod transaksi bernilai RM240 bilion pada 2025, tertinggi dalam sedekad


PUTRAJAYA: Sektor hartanah negara mencatatkan jumlah transaksi memberangsangkan bernilai RM240 bilion pada 2025, yang tertinggi dalam tempoh lebih sedekad, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, nilai transaksi tinggi itu membuktikan yang sektor hartanah negara bukan sahaja pulih malah kini menjadi enjin kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Saya sifatkan (sektor ini) sebagai tiang seri ekonomi negara kerana sektor hartanah pembangunannya berkaitan dengan 200 industri.

"(Industri tersebut) sama ada (dalam) sektor pembuatan, kontraktor, perbankan ataupun perniagaan. Semua ini saling berkaitan dan (jumlah transaksi) RM240 bilion itu adalah satu jumlah yang besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Ihya Ramadan - Islah MADANI: Memurni Jiwa Membangun Ummah bersama-sama warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini.

Kor Ming berkata, KPKT menerusi Jabatan Perumahan Negara akan terus memainkan peranan proaktif untuk memastikan sektor hartanah negara terus berkembang.

"Kita harap langkah-langkah reformasi Perumahan Negara yang sedang kita rancang untuk laksanakan sekarang ini akan berjalan dengan lancar.

"Saya jangkakan tahun ini akan menjadi satu lagi tahun yang memberangsangkan sekiranya semua pihak bekerjasama dengan baik," katanya.

Mengenai konflik di Asia Barat, Kor Ming berkata pihaknya kini berwaspada dan akan meneliti tindakan susulan bagi mengelak sektor perumahan dan pembinaan negara terjejas.

"Yang penting, kita kena pastikan supaya dari segi kos pengangkutan tidak menjejaskan sektor perumahan dan juga pembinaan negara," katanya.

Sementara itu, Kor Ming berkata beliau hari ini telah memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai cadangan penubuhan sebuah agensi tunggal perumahan.

"Kita susun balik supaya akan ada agensi tunggal bagi perumahan nasional supaya semua perkara kelulusan atau pertindihan birokrasi dapat dikurangkan dan proses pentadbiran serta kelulusan boleh dipercepatkan," katanya.
March 4, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

Find Auction Property