AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Penduduk bertambah, jual beli rumah dijangka meningkat 15 peratus dalam tempoh lima tahun


KUALA LUMPUR: Urus niaga hartanah kediaman Malaysia diunjurkan meningkat sebanyak 15 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang, didorong kebanyakannya oleh pertumbuhan penduduk, menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI, Kashif Ansari.

Beliau berkata, pengembangan penduduk akan membawa kepada pembentukan kira-kira 582,000 isi rumah baharu dalam tempoh tersebut, menyediakan pemacu asas yang kukuh untuk permintaan perumahan di seluruh negara.

"Pertumbuhan penduduk sahaja boleh membawa kepada peningkatan 15 peratus dalam jumlah rumah yang dibeli dan itu tidak termasuk permintaan daripada pembeli yang menaik taraf, pelabur dan pembeli asing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penduduk Malaysia dijangka meningkat seramai 2.2 juta orang daripada 34.3 juta ketika ini kepada 36.5 juta menjelang 2030.

Ansari berkata, berdasarkan purata saiz isi rumah sebanyak 3.8 orang, populasi tambahan akan diterjemahkan kepada lebih daripada 116,000 isi rumah baharu setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pembentukan isi rumah yang konsisten ini akan terus menambah pembeli dan penyewa ke dalam pasaran, menyokong aktiviti urus niaga di seluruh negara, katanya.

"Selangor dijangka kekal sebagai penyumbang terbesar kepada permintaan perumahan dengan populasinya diunjurkan meningkat sebanyak 382,000 menjelang 2030, memerlukan lebih banyak pembangunan kediaman berorientasikan transit (TOD), mampu milik dan pasaran pertengahan," katanya.

Sabah dijangka mencatatkan peningkatan kedua terbesar dengan tambahan 283,000 penduduk, diikuti oleh Johor pada 279,000 untuk mendapat manfaat daripada aliran migrasi yang lebih kukuh yang dikaitkan dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Rapid Transit System Link (RTS Link).

Kelantan dan Terengganu diunjur mencatatkan pertumbuhan populasi lebih daripada 12 peratus, menonjolkan peningkatan keperluan perumahan dalam pasaran yang menghadapi jurang bekalan sebelum ini.

Ansari berkata, kadar rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan bandar dijangka meningkat kepada 79.3 peratus menjelang 2030, memacu keperluan berterusan untuk perumahan, infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.
April 1, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

Find Auction Property