AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Teliti undang-undang sebelum nak usir penyewa


Penyewa 'liat' bayar dan tidak menjaga rumah sewa antara punca pengusiran penyewa oleh tuan rumah.

Terdapat juga faktor lain yang menyebabkan tuan rumah bertindak menghalau penyewa termasuk daripada akses kepada barangan dalam rumah sewaan terbabit.

Tindakan menghalau penyewa tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana terdapat peruntukan khas melindungi penyewa.

Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950 memperuntukkan, pemilik premis sewa boleh menggunakan prosiding mahkamah jika penyewa tidak mahu keluar apabila tempoh sewaan sudah tamat atau ditamatkan lebih awal.

Jelaslah terdapat akta tertentu memaklumkan bahawa tuan rumah tidak berhak mengusir penyewa sesuka hati tanpa perintah mahkamah, walaupun hak mengusir sudah dinyatakan dalam perjanjian sewa ditandatangani kedua-dua pihak.

Sebelum apa-apa tindakan halau penyewa diambil, tuan rumah perlu tahu apa tindakan yang tidak boleh dibuat kepada premis sewa atau penyewa mengikut undang-undang.

Ini termasuk kaedah mudah iaitu tukar kunci pintu atau pagar premis sewaan tanpa pengetahuan penyewa.

Tuan rumah juga dilarang sama sekali masuk ke dalam premis sewa sesuka hati meskipun unit kediaman itu hak milik mereka.

Jika ia dilakukan, tuan rumah boleh didakwa atas kesalahan menceroboh.

Namun, tuan rumah masih boleh menangani isu itu dengan tindakan berikut:

1. Rekod perbincangan dengan penyewa
Meskipun merekod setiap perbualan dan butiran boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh, ia masih perlu dilakukan oleh tuan rumah.

Butiran terutama mesej atau perbincangan secara lisan bersama penyewa boleh digunakan di mahkamah.

Tuntutan termasuk tunggakan dan bil berkaitan boleh dilakukan dengan adanya butiran yang berekod.

2. Tuan rumah wajib ambil tahu prosedur undang-undang sewa
Tuan rumah perlu mengetahui prosedur dan undang-undang hartanah. Ia bagi memastikan mereka faham hak, baik tuan rumah atau hartanah.

Maklumat berkenaan ada di lama sesawang yang disediakan agensi berkaitan perumahan.

Selain itu, boleh juga dapatkan nasihat guaman dan perlu bersedia dengan caj rundingan.

Memahami peruntukkan dan faham setiap prosedur mahkamah membantu tuan rumah mengambil tindakan wajar terhadap penyewa bermasalah.

3. Lantik peguam hartanah berpengalaman
Langkah mudah, cepat dan berkesan ialah menggunakan khidmat peguam.

Peguam akan membimbing tuan rumah dalam penyediaan semua dokumen sokongan secara terperinci dan lengkap termasuk dokumen tambahan seperti catatan atau rakaman perbincangan dengan penyewa.

Dokumen dan segala rekod perbualan sangat membantu dalam proses pengusiran penyewa menggunakan proses undang-undang.

4. Potong bekalan elektrik dan air
Bekalan elektrik dan utiliti antara medium digunakan tuan rumah sebagai langkah akhir mengusir penyewa.

Tidak mungkin penyewa sanggup bergelap dalam rumah atau tiada bekalan air.

Namun, ia hanya boleh dilakukan jika penama bil utiliti itu atas nama tuan rumah.

Jika atas nama penyewa, biasanya, perlu dapatkan nasihat peguam supaya tidak berdepan sebarang tindakan undang-undang yang menjadi punca tuan rumah diheret ke mahkamah kerana menceroboh.
April 1, 2026
Source: Harian Metro
Share:

Recent Posts

Impian Rumah Bersama Adik-Beradik: Peluang Atau Risiko?

Impian Rumah Bersama Adik-Beradik: Peluang Atau Risiko?

Membeli rumah secara berkongsi dengan adik-beradik dilihat sebagai satu langkah praktikal.

June 18, 2026
Rombak struktur pinjaman rumah elak beban hutang pengguna bertambah

Rombak struktur pinjaman rumah elak beban hutang pengguna bertambah

Struktur pembiayaan perumahan negara perlu direformasikan secara menyeluruh bagi memastikan pemilikan rumah kekal...

June 10, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Tanjung Minyak Utama, Melaka

RM 250,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Permatang Pasir Perdana, Melaka

RM 480,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Perpaduan 2, Kedah

RM 350,000

Find Auction Property