AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Nilai urus niaga hartanah catat rekod tertinggi di alaf baharu


Pasaran hartanah Malaysia pada tahun 2025 mempamerkan peningkatan nilai transaksi ke paras tertinggi di alaf baharu walaupun bilangannya menyederhana.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jumlah transaksi hartanah mencecah RM241.9 bilion, meningkat 4.1 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala bilangan transaksi menurun satu peratus kepada 416,413.

Perbezaan ini menunjukkan bahawa pertumbuhan nilai pasaran tidak semestinya dipacu oleh peningkatan jumlah hartanah yang bertukar tangan, sebaliknya didorong oleh harga yang lebih kukuh serta perkongsian aset bernilai tinggi yang lebih besar dalam campuran transaksi.

Sektor kediaman kekal sebagai tunjang utama pasaran dari segi jumlah transaksi. Harga rumah terus mencatat pertumbuhan sederhana dengan Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) meningkat 2.6 peratus bagi semua rumah secara keseluruhan kepada 233.1 mata indeks, sekali gus menaikkan purata harga rumah kepada RM502,922.

Ini menunjukkan peningkatan nilai yang masih berdaya tahan walaupun kebimbangan terhadap kemampuan memiliki rumah dalam kalangan pembeli rumah pertama terus wujud.

Mengikut jenis, rumah bertanah terus menunjukkan ketahanan harga yang lebih kukuh, khususnya rumah teres yang mencatat pertumbuhan indeks harga tertinggi dalam kalangan jenis hartanah kediaman iaitu 3.3 peratus.

Rumah berkembar pula meningkat 2.8 peratus, manakala rumah sesebuah meningkat 2.4 peratus. Sebaliknya, unit bertingkat tinggi mencatat pertumbuhan yang jauh lebih perlahan dengan peningkatan indeks harga hanya 0.6 peratus.

Permintaan terhadap hartanah bertanah kekal disokong oleh pemilik-penghuni yang mencari ruang kediaman lebih luas serta kejiranan yang lebih matang, manakala pertumbuhan harga bagi unit bertingkat tinggi kekal lebih sederhana.

Bagaimanapun, pemerhatian lebih dekat terhadap komposisi nilai transaksi menunjukkan bahawa peningkatan nilai keseluruhan pasaran semakin dipengaruhi oleh segmen bukan kediaman, khususnya hartanah industri.

Hartanah industri mencatat salah satu peningkatan nilai transaksi yang paling kukuh sepanjang tahun iaitu 21.3 peratus, mencerminkan permintaan berterusan terhadap kemudahan logistik, gudang, ruang pembuatan serta tanah pembangunan pusat data.

Kedudukan Malaysia yang semakin kukuh dalam rantaian bekalan serantau serta perkembangan pesat e-dagang dan pembuatan berteknologi tinggi terus mengekalkan minat pelabur terhadap aset industri.

Hartanah komersial turut menyumbang kepada pertumbuhan nilai transaksi walaupun pada kadar yang lebih kecil iaitu 1.1 peratus.

Segmen ini lazimnya membabitkan saiz transaksi yang lebih besar bagi setiap urus niaga, bermakna walaupun peningkatan aktiviti atau harga adalah sederhana, ia masih mampu memberikan kesan yang ketara terhadap nilai keseluruhan pasaran.

Justeru, peningkatan nilai transaksi hartanah pada tahun 2025 lebih banyak dipacu oleh urus niaga dalam segmen industri dan komersial berbanding sektor kediaman semata-mata, sekali gus menandakan perubahan dalam pemacu pertumbuhan nilai pasaran.

Peningkatan berterusan dalam jumlah nilai transaksi tidak semestinya bermaksud harga rumah meningkat secara mendadak walaupun sektor kediaman adalah tunjang utama pasaran dari segi jumlah transaksi.

Sebaliknya, apa yang dapat diperhatikan ialah peningkatan harga serta aktiviti transaksi yang lebih ketara dalam segmen bukan kediaman, selaras dengan pembangunan komersial dan industri baharu dan juga sektor tanah pembangunan yang semakin berkembang berikutan minat pelaburan yang semakin meningkat terhadap Malaysia.

Dalam masa yang sama, terdapat satu fenomena lain yang berlaku secara senyap dalam pasaran dan wajar diberi perhatian.

Dalam sesetengah keadaan, harga utama yang direkodkan dalam transaksi hartanah mungkin tidak sepenuhnya mencerminkan harga efektif yang dibayar oleh pembeli setelah mengambil kira insentif, rebat atau kos yang diserap oleh pihak pemaju.

Mekanisme seperti rebat pemaju, penyerapan yuran atau pakej insentif yang digabungkan boleh mewujudkan jurang antara harga transaksi yang dinyatakan dan kos pembelian bersih yang sebenarnya ditanggung oleh pembeli.

Struktur penetapan harga seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu, namun ia menjadi semakin ketara dalam persekitaran pasaran di mana pemaju bersaing untuk menarik pembeli.

Secara tidak langsung, nilai transaksi yang direkodkan dalam data rasmi kadangkala lebih mencerminkan harga nominal berbanding keseluruhan insentif yang terkandung dalam sesuatu urus niaga.

Dalam pasaran di mana nilai transaksi meningkat walaupun jumlah transaksi sederhana, trend sebegini menambah satu lagi lapisan dalam mentafsir data pasaran.

Melangkah ke hadapan, prospek sektor hartanah Malaysia kekal stabil dengan nada optimistik berhati-hati.

Dengan ekonomi negara berkembang 5.2 peratus, disokong oleh pertumbuhan 6.3 peratus pada suku ke-empat yang merupakan yang terpantas sejak 2022, serta sokongan dasar yang berterusan untuk meningkatkan akses perumahan dan kesalinghubungan infrastruktur, pasaran hartanah dijangka mengekalkan trajektori yang stabil.

Buat masa ini, data tahun 2025 menggambarkan perubahan dinamik dalam pasaran. Walaupun aktiviti transaksi semakin mendatar, peningkatan nilai menunjukkan selera pelabur masih kukuh dan semakin matang yang menjadi petanda perubahan ke arah kemampanan, khususnya dalam sektor yang berkait rapat dengan landskap ekonomi Malaysia yang sedang berkembang.
April 8, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

REITs to adapt to shifting market state

REITs to adapt to shifting market state

Real estate investment trusts (REITs) are anticipated to adopt strategies that will enable them to...

April 8, 2026
Stable and defensive market

Stable and defensive market

The property market remains broadly attractive to investors despite prevailing geopolitical uncertainties...

April 1, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Mahkota Emas, Pahang

RM 250,000

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Kuantan, Pahang

RM 238,500

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Kuantan, Pahang

RM 340,000

Find Auction Property