AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Bangunan pejabat lama, kosong di KL wajar ditukar jadi kediaman - Liew Chin Tong


KUALA LUMPUR: Bangunan pejabat lama dan kosong di pusat bandar terutama di ibu negara wajar ditukar menjadi kediaman bagi membantu lebih ramai golongan muda tinggal berhampiran tempat kerja serta mengurangkan kos sara hidup dan perjalanan harian.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata pendekatan itu dilaksanakan di beberapa negara maju termasuk Eropah dan Amerika Syarikat (AS) susulan perubahan corak penggunaan bangunan komersial.

Beliau berkata, Malaysia juga perlu mula memikirkan kaedah sama terutama membabitkan bangunan kosong di pusat bandar seperti Kuala Lumpur.

"Di Kuala Lumpur, kita mempunyai banyak bangunan kosong terutama bangunan pejabat. Di Eropah dan AS, bangunan pejabat lama kini ditukar menjadi kediaman dan ini sesuatu yang perlu kita galakkan di negara ini," katanya.

Beliau berkata ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan International Real Estate Research Symposium (IRERS 2026) anjuran Institut Penilaian Negara (INSPEN), di sini, hari ini.

IRERS adalah simposium yang menghimpunkan profesional dan akademik industri harta tanah di peringkai nasional dan antarabangsa berasaskan tema 'Reshaping Real Estate: Innovations and Inclusivity in a Digital World'.

Simposium ini menyediakan platform perkongsian ilmu, pertukaran pandangan, perbincangan penemuan penyelidikan dan peluasan rangkaian kerjasama global.

IRERS 2026 ini merupakan siri yang ke-13 sejak penganjuran kali pertama pada tahun 2002 yang menghimpunkan pembentang dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Chin Tong berkata, pemilik bangunan di pusat bandar perlu mula memikirkan kaedah untuk mengubah suai aset sedia ada menjadi ruang kediaman yang sesuai untuk golongan muda dan kelas pertengahan.

Katanya, langkah itu penting supaya golongan muda tidak terus terbeban dengan kos perjalanan dan terpaksa tinggal jauh dari lokasi pekerjaan.

"Kita tidak mahu orang muda khususnya yang berusia sekitar 30 tahun perlu hidup dengan berulang-alik jauh setiap hari semata-mata kerana tidak mampu tinggal di bandar.

"Kita perlu memastikan mereka boleh tinggal berhampiran pusat bandar sama ada melalui pemilikan rumah, sewaan atau model hibrid seperti sewa milik," katanya.

Beliau berkata, kerajaan dan industri juga perlu lebih inovatif dalam menyediakan model perumahan bandar yang sesuai dengan kemampuan generasi muda.

Menurutnya, usaha berkenaan juga penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian selain membantu negara menghadapi cabaran krisis tenaga global yang dijangka berpanjangan.

"Kita perlu membina bandar yang kurang bergantung kepada kereta persendirian dan lebih bergantung kepada pengangkutan awam. Lebih ramai rakyat perlu tinggal berhampiran tempat kerja dan pusat bandar berbanding terus meluaskan pembangunan bandar secara tidak terkawal," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan sektor hartanah tidak seharusnya hanya tertumpu kepada keuntungan semata-mata, sebaliknya perlu menyokong agenda pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, apabila rakyat khususnya golongan muda dapat menikmati kehidupan bandar yang lebih baik dan kurang tekanan kos hidup, ia akan menyumbang kepada pembentukan masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.

"Apabila rakyat gembira, negara juga akan menjadi lebih gembira," katanya.
May 13, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

‘Option to Purchase’ planned to rescue housing projects

‘Option to Purchase’ planned to rescue housing projects

With many sick and abandoned housing projects causing problems to buyers, the government is...

May 13, 2026
Property demand likely to stay resilient

Property demand likely to stay resilient

Real estate developers’ earnings for the January-to-March quarter (1Q26) are expected to be largely...

May 13, 2026

Recent Auctions

1 Storey Terrace House

1 Storey Terrace House

Taman Kampung Padang, Pahang

RM 140,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Melaka

RM 300,000

Apartment

Apartment

Hijau Ria Apartment, Kuala Lumpur

RM 230,000

Find Auction Property