AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Purata harga rumah di Malaysia kini melepasi setengah juta ringgit


KUALA LUMPUR: Isu kemampuan pemilikan kediaman terus menjadi tumpuan utama rakyat apabila purata harga rumah di negara ini kini melepasi paras setengah juta ringgit.

Berdasarkan Laporan Pasaran Harta Suku Tahun Pertama 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) merekodkan pertumbuhan positif sebanyak 1.7 peratus.

Pertumbuhan positif berkenaan meletakkan IHRM pada paras 235.2 mata, yang menterjemahkan harga purata sebuah rumah kini berada pada nilai RM507,533 seunit pada suku pertama 2026, berbanding RM498,955 suku sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH, Abdul Razak Yusak, berkata bagi mengimbangi cabaran harga pasaran berkenaan, kerajaan secara konsisten menyediakan suntikan berterusan melalui Belanjawan 2026 bagi pembangunan harta tanah negara.

"Langkah strategik berkenaan merangkumi peningkatan peruntukan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM20 bilion yang dijangka memberi manfaat kepada 80,000 pembeli rumah.

"Selain itu, pembeli rumah pertama juga menerima manfaat pengecualian duti setem penuh ke atas instrumen pemindahan dan perjanjian pinjaman.

"Pengecualian berkenaan adalah terpakai bagi pembelian kediaman berharga sehingga RM500,000 dan inisiatif ini dilanjutkan sehingga akhir tahun 2027," katanya.

Menurut JPPH, majoriti negeri di seluruh negara merekodkan pertumbuhan harga rumah antara 0.3 peratus hingga 7.2 peratus.

Bagaimanapun, Sabah dan Negeri Sembilan mencatatkan penguncupan masing-masing sebanyak 2.3 peratus dan 0.2 peratus, manakala Perak pula dilaporkan kekal stabil tanpa sebarang perubahan ketara sepanjang tempoh berkenaan.

Dari segi jenis kediaman, rumah teres dan rumah berkembar terus mendahului pertumbuhan dengan masing-masing mencatat peningkatan 2.2 peratus.

Unit bertingkat tinggi turut mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 1.3 peratus, sebaliknya, rumah sesebuah merekodkan penurunan kecil sebanyak 0.7 peratus.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, inisiatif kerajaan melalui kerangka Ekonomi MADANI mengukuhkan trajektori pertumbuhan pasaran harta tanah.

"Aktiviti pasaran yang kekal berdaya tahan ini adalah tanda keyakinan industri terhadap momentum penstrukturan semula ekonomi Malaysia sebagaimana dalam kerangka Ekonomi MADANI walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi global," katanya.

Beliau turut menambah, sokongan berterusan daripada kerajaan memberi manfaat yang berterusan kepada seluruh rakyat.

"Walaupun berdepan dengan cabaran harga pasaran sedia ada, pelaksanaan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dijangka menjadi pemangkin kepada momentum pemulihan harta tanah," katanya.
May 20, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM

Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM

Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas...

June 30, 2026
Pasaran Lelong Hartanah: Fahami Risiko, Rebut Peluang

Pasaran Lelong Hartanah: Fahami Risiko, Rebut Peluang

Memiliki kediaman sendiri pada usia muda atau sebagai pembeli rumah pertama sememangnya satu pencapaian...

June 30, 2026

Recent Auctions

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Perpaduan 2, Kedah

RM 350,000

Condominium

Condominium

Mont Kiara, Kuala Lumpur

RM 790,000

[Conveniently located next to Citta Mall] Service Apartment [Close to Sultan Abdul Aziz Shah Airport (Subang Airport)]

[Conveniently located next to Citta Mall] Service Apartment [Close to Sultan Abdul Aziz Shah Airport (Subang Airport)]

Pusat Koperasi Oasis (Oasis Corporate Park), Selangor

RM 350,000

Find Auction Property