AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Permintaan terhadap rumah mewah di Lembah Klang, Johor tetap tinggi


KUALA LUMPUR: Segmen kediaman mewah atau berkelas tinggi yang terletak di kawasan utama di Lembah Klang dan Iskandar Malaysia mendapat sambutan menggalakkan didorong persekitaran kadar faedah yang kondusif, pengukuhan ringgit serta minat pelabur yang terus meningkat.

Kawasan seperti Iskandar Malaysia, Mont Kiara, Damansara Heights dan pusat bandar raya Kuala Lumpur menjadi tumpuan terutama dalam kalangan pembeli yang mahu menaik taraf kediaman serta pelabur asing.

Penganalisis RHB Research, Loong Kok Wen, berkata walaupun harga jualan purata (ASP) bagi projek baharu kekal terkawal, sambutan terhadap projek premium masih memberangsangkan termasuk pembangunan di ParkCity Damansara dan Pavilion Damansara.

Menurutnya, antara pemaju yang mempunyai pendedahan besar di kawasan strategik itu ialah Eastern & Oriental Bhd, Eco World Development Group Bhd, Sunway Bhd, Mah Sing Group Bhd, UEM Sunrise Bhd dan LBS Bina Group Bhd.

Beliau menjelaskan, persekitaran kadar faedah semasa dilihat terus menyokong permintaan keseluruhan pasaran hartanah, selain menjadikan aset hartanah sebagai instrumen perlindungan nilai yang efektif ketika tekanan inflasi meningkat.

"Pengukuhan nilai ringgit juga dijangka membantu mengekalkan keadaan pembiayaan yang lebih stabil dan menarik kepada pembeli serta pelabur.

"Persekitaran kadar faedah yang kondusif menyokong permintaan secara keseluruhan. Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Mengulas lanjut, Kok Wen berkata, beberapa pelancaran projek komersial baru-baru ini mencatat kadar ambilan yang sangat tinggi.

Beliau berkata, antaranya termasuk rumah kedai Aspira Place oleh UEM Sunrise Bhd di Iskandar Malaysia dan projek REKA di Elmina oleh Sime Darby Property Bhd.

Satu lagi pemaju utama turut merekodkan kadar jualan melebihi 90 peratus bagi 77 unit kedai empat tingkat di Bandar Puteri dengan harga mencecah RM8 juta seunit, tambahnya.

Di selatan tanah air, Kok Wen berkata, Iskandar Malaysia kekal menjadi antara pasaran paling aktif didorong limpahan ekonomi dari Singapura serta projek infrastruktur utama seperti Sistem Transit Rapid (RTS).

Walaupun ringgit semakin mengukuh, tekanan kos sara hidup di Singapura terus mendorong rakyat negara itu berbelanja dan menetap di Johor bagi tempoh sederhana, katanya.

Menurutnya, keadaan itu dijangka memberi manfaat kepada pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise Bhd, KSL Holdings Bhd dan Crescendo Corporation Bhd.

"Pada masa sama, harga tanah di kawasan berkenaan terus meningkat susulan urus niaga membabitkan pemain pusat data yang membeli tanah pada harga rekod.

"Peningkatan aktiviti pusat data turut mengukuhkan lagi prospek hartanah industri dan komersial di Johor, sekali gus menyokong nilai tanah di kawasan strategik," ujarnya.

Penyenaraian Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) turut menjadi pemangkin baharu kepada sektor hartanah tempatan selain jualan hartanah.

Beberapa syarikat pemaju besar termasuk Sime Darby Property dan SP Setia Bhd dijangka menyuntik aset bernilai kira-kira RM13 bilion ke dalam REIT dalam tempoh dua tahun akan datang.

Langkah itu dilihat mampu membuka nilai tersembunyi aset hartanah, selain memperkukuh aliran tunai syarikat.

Secara keseluruhan, Kok Wen berkata, sentimen terhadap sektor hartanah Malaysia kekal positif dengan kebanyakan penganalisis mengekalkan saranan 'wajaran tinggi'.

Beliau berkata, saham pilihan utama ketika ini termasuk Sime Darby Property dan Eco World Development Group.

Penganalisis juga turut berpandangan bahawa sektor hartanah lebih berdaya tahan berbanding sektor lain dalam menghadapi tekanan kos susulan konflik geopolitik global.

Ia berikutan pemaju masih mempunyai fleksibiliti untuk menyesuaikan reka bentuk, bahan binaan dan harga jualan bagi melindungi marjin keuntungan mereka.
June 4, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Taman Nuri, Kedah

RM 180,000

Find Auction Property