Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM
Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas...
We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.
We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

Semak kelayakan pinjaman terlebih dahulu
Ini adalah kesilapan nombor satu sering dilakukan pembeli pertama.
Dalam pasaran hartanah sekunder atau baharu, sekiranya pinjaman bank gagal, wang deposit biasanya akan dikembalikan.
Namun, berbeza dalam pasaran lelong. Sekiranya bidaan menang tetapi bank menolak permohonan pinjaman anda, deposit 10 peratus yang dikemukakan akan ditarik balik dan hangus sepenuhnya.
Oleh itu, sebelum memasang niat untuk membida, temui pegawai bank atau gunakan kalkulator Nisbah Khidmat Hutang (Debt Service Ratio - DSR) untuk mengetahui had maksimum pinjaman yang layak diperoleh.
Sediakan aliran tunai mencukupi
Walaupun tag harga rumah lelong kelihatan murah, jangan terpedaya sehingga menyangka tidak memerlukan wang tunai yang banyak di tangan.
Aliran tunai kukuh amat diperlukan untuk menampung beberapa kos penting:
Deposit 10 peratus: Wajib disediakan dalam bentuk draf bank mengikut harga rizab rumah.
Tunai tambahan: Sekiranya berlaku 'perang bidaan' dan harga rumah meningkat, pembeli wajib menambah baki deposit 10 peratus berdasarkan harga kemenangan pada hari yang sama.
Kos luar jangka: Bersedia dengan dana tambahan untuk kos guaman, cukai, kos baik pulih rumah, serta tunggakan bil yang tidak ditanggung oleh bank pelelong.
Wajib baca dokumen POS dan COS
Sebelum membida, dapatkan dokumen Perisytiharan Jualan (Proclamation of Sale - POS) dan Syarat Jualan (Condition of Sale - COS) daripada pihak pelelong secara percuma.
Fahami dan semak setiap syarat penting, terutamanya tempoh diberikan untuk menjelaskan baki 90 peratus harga rumah (kebiasaannya antara 90 hingga 120 hari).
Selain itu, teliti sama ada tunggakan seperti yuran penyelenggaraan, bil elektrik, air atau cukai pintu ditanggung oleh bank pelelong atau perlu diselesaikan sendiri oleh pembeli baharu.
Lakukan lawatan tapak
Peraturan asas rumah lelong ialah pembeli tidak dibenarkan sama sekali masuk dan melihat bahagian dalaman rumah sebelum memenanginya.
Justeru, lawat lokasi untuk melihat keadaan luaran fizikal rumah dilelong.
Perhatikan jika ada bumbung yang bocor, dinding retak atau persekitaran yang terbiar bagi membolehkan pembeli membuat anggaran kos ubah suai dan sebagainya.
Pada masa sama, semak status penghuni. Adakah rumah itu kosong atau masih diduduki oleh pemilik asal atau penyewa?
Jika masih berpenghuni, perlu bersedia menguruskan proses pengusiran secara baik atau menerusi saluran peguam selepas menang bidaan kelak.
Selidiki status sekatan
Langkah terakhir tidak kurang pentingnya adalah melakukan semakan kaveat. Minta bantuan peguam hartanah menyemak status hartanah terbabit di pejabat tanah bagi memastikan tiada sebarang kaveat (sekatan sah) yang dimasukkan oleh pihak ketiga.
Kehadiran kaveat persendirian pada geran rumah akan menyukarkan pihak bank meluluskan pinjaman perumahan.
Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas...