AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Pengecualian cukai kurangkan beban pengurusan hartanah strata - MIPFM


KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas bagi bangunan bukan kediaman dijangka dapat mengurangkan impak kewangan terhadap pengurusan hartanah strata bukan kediaman, kata Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM).

MIPFM dalam kenyataan hari ini berkata pengecualian cukai yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2026 itu turut memberi kepastian kepada pemilik hartanah, perniagaan serta badan pengurusan dalam merancang perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan.

"Kami menyambut baik dan memuji keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas bagi bangunan bukan kediaman.

"Pengecualian ini merupakan langkah penting dan tepat pada masanya dalam menangani kebimbangan industri pengurusan hartanah terhadap kesan kewangan cukai berkenaan kepada pemilik hartanah, perniagaan, badan pengurusan bersama, syarikat pengurusan serta penghuni bangunan," katanya.

Presiden MIPFM, Ishak Ismail, berkata pengecualian itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk melibatkan pihak berkepentingan industri serta mengambil kira realiti operasi sektor pengurusan hartanah.

"Kami merakamkan penghargaan kepada kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas kesediaan mendengar pandangan industri serta melaksanakan penyelesaian praktikal yang memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.

"Keputusan ini membuktikan pendekatan dasar berasaskan bukti melalui libat urus konstruktif bersama pihak berkepentingan," katanya.

MIPFM turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dan agensi berkaitan dalam memperkasa dasar yang kukuh, memperkukuh amalan industri serta meningkatkan standard profesional pengurusan hartanah dan fasiliti.

"Kami akan terus memaklumkan ahli mengenai sebarang garis panduan pelaksanaan atau penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa berkaitan," katanya.
June 30, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

Apartment

Apartment

Pangsapuri Residence Merak Kayangan, Melaka

RM 372,000

Find Auction Property