AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Bina rumah ikut lokasi, kemampuan rakyat elak hartanah 'melambak'



KUALA LUMPUR: Sasaran menyediakan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun di bawah Dasar Perumahan Negara (DRN) perlu dilaksanakan berasaskan permintaan sebenar mengikut lokasi, jenis kediaman dan kemampuan penduduk, bukan sekadar mengejar jumlah unit bagi mengelakkan lambakan hartanah dalam pasaran.

Pengarah Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons, Sulaiman Saheh, berkata pendekatan berasaskan permintaan atau 'demand-led' penting bagi memastikan rumah dibangunkan di kawasan yang tepat, dengan produk serta harga bersesuaian.

Beliau berkata, langkah itu juga penting bagi mengelakkan pertambahan lambakan kediaman tidak terjual atau 'overhang' pada masa depan.

"Jangan kejar bilangan unit sahaja. Kita perlu memastikan unit disediakan di kawasan yang betul, jenis yang betul dan pada harga yang betul. Modelnya juga perlu sesuai, sama ada untuk sewaan, pemilikan atau sewa untuk beli. Semua ini perlu dirangkum dalam usaha menyediakan sejuta rumah," katanya kepada BH.

Sulaiman berkata, penyediaan pangkalan data perumahan yang komprehensif adalah antara elemen terpenting bagi membolehkan kerajaan, pemaju dan pihak berkaitan membuat keputusan pembangunan lebih tepat.

Menurutnya, data itu perlu dikemas kini sekerap mungkin, termasuk secara bulanan, selain terperinci mengikut kawasan kerana keadaan pasaran boleh berbeza dengan ketara walaupun dalam daerah sama.

Beliau berkata, data pada peringkat negeri atau daerah sahaja mungkin tidak memadai kerana kawasan seperti daerah Petaling contohnya merangkumi beberapa lokaliti dengan karakter, permintaan dan kemampuan penduduk yang berbeza.

"Kajian pasaran bagi menyokong kelulusan pembangunan juga wajar dilaksanakan secara berdaya saing dan bebas oleh pihak yang memahami pasaran hartanah bagi mengurangkan risiko konflik kepentingan," katanya.

Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman, turut menyarankan supaya kerajaan beralih kepada perancangan perumahan berasaskan permintaan bagi memastikan sasaran membina sejuta rumah dalam tempoh 10 tahun akan datang tidak mencetuskan lambakan hartanah.

Katanya, pendekatan 'bina dahulu, cari pembeli kemudian' perlu digantikan dengan pembangunan berdasarkan keperluan sebenar penduduk di setiap lokasi.

"Bina berdasarkan permintaan sebenar dan bukan semata-mata kuota pembinaan nasional. Sebelum projek diluluskan, perlu ada pemetaan permintaan mengikut daerah yang menggabungkan pelbagai data berkaitan," katanya.

Beliau berkata, pemetaan itu perlu mengambil kira antaranya pendapatan isi rumah, pekerjaan, saiz keluarga, harga transaksi, kadar sewa, stok rumah sedia ada, kadar kekosongan serta akses pengangkutan awam dan pusat pekerjaan.

Samirul berkata, penetapan harga rumah juga perlu berdasarkan pendapatan median tempatan dan kemampuan membayar ansuran kerana harga yang dianggap mampu milik di sesuatu daerah mungkin tidak sesuai bagi penduduk sasaran di kawasan lain.

Katanya, pembangunan juga perlu mengutamakan lokasi berhampiran pekerjaan, pengangkutan, sekolah dan kemudahan asas, selain mewujudkan pangkalan data bersepadu bagi memastikan bantuan perumahan sampai kepada pembeli rumah pertama serta isi rumah yang benar-benar memerlukan.

"Pelaksanaan sasaran sejuta unit perlu dibuat secara berfasa, dengan pembinaan baharu diperlahankan secara automatik di kawasan yang menunjukkan peningkatan stok tidak terjual," katanya.
August 12, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

[Next to main road - Jalan Muar; Flat Land] Agricultural Land with Water Supply [Near to Segamat River; 7 min from Segamat Town; Nearby Jementah Town]

[Next to main road - Jalan Muar; Flat Land] Agricultural Land with Water Supply [Near to Segamat River; 7 min from Segamat Town; Nearby Jementah Town]

Mukim Gemereh, Johor

RM 115,000

Condominium

Condominium

Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur

RM 630,000

1 Storey Semi Detached House

1 Storey Semi Detached House

Taman Alor Ara Dahlia, Pahang

RM 355,000

Find Auction Property