AuctionPro.my

We are the exclusive marketing partner of LelongTips.com.my.

We display updated listings of auction properties in Malaysia and provide FREE assistance service for enquiries by telephone or online. Our below market value listing would benefit your property investment as well as for your own use.

go visit
 auctionpro.my
 
get in touch
 012-356 3866
 012-356 3866
 info@auctionpro.my

Rumah harga bawah RM300,000 terus jadi pilihan majoriti pembeli


KUALA LUMPUR: Kediaman berharga RM300,000 ke bawah terus menjadi pemacu utama pasaran hartanah negara apabila merekodkan lebih separuh daripada keseluruhan transaksi kediaman pada suku pertama 2026.

Data Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menunjukkan sebanyak 27,209 transaksi direkodkan bagi segmen berkenaan sepanjang tempoh itu.

Jumlah itu mewakili lebih 50 peratus daripada keseluruhan transaksi subsektor kediaman yang mencatat hampir 53,000 transaksi bernilai lebih RM22 bilion.

Secara keseluruhan, subsektor kediaman terus mendominasi aktiviti pasaran harta tanah negara dengan menyumbang 58.8 peratus daripada keseluruhan bilangan transaksi.

Dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar, kediaman mampu milik terus menjadi pilihan utama pengguna berikutan faktor kemampuan kewangan dan komitmen pembiayaan yang lebih rendah.

Pada masa sama, kerajaan terus memperkukuh sokongan terhadap sektor hartanah menerusi pelbagai inisiatif di bawah Belanjawan 2026 dan kerangka Ekonomi MADANI.

Antara langkah utama diperkenalkan termasuk peningkatan peruntukan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM20 bilion yang dijangka memberi manfaat kepada 80,000 pembeli rumah.

Selain itu, pengecualian duti setem penuh bagi pembeli rumah pertama untuk kediaman berharga sehingga RM500,000 turut dilanjutkan sehingga akhir tahun 2027.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Abdul Razak Yusak, berkata langkah berkenaan bertujuan memastikan permintaan pasaran terus kekal stabil.

"Aktiviti pasaran yang kekal berdaya tahan ini adalah tanda keyakinan industri terhadap momentum penstrukturan semula ekonomi Malaysia sebagaimana dalam kerangka Ekonomi MADANI walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi global," katanya.

Abdul Razak berkata, bantuan tunai bersasar, kawalan inflasi dan inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat juga dilaksanakan bagi memastikan kuasa beli isi rumah kekal stabil.

"Langkah berkenaan dijangka membantu menyokong permintaan terhadap pasaran hartanah dalam keadaan ekonomi yang mencabar," katanya.
May 20, 2026
Source: Berita Harian
Share:

Recent Posts

Real estate sector on track for healthy year

Real estate sector on track for healthy year

With most property developers delivering earnings broadly in line with expectations in the recently concluded results season...

September 23, 2026
Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Harapan Belanjawan 2027: Sejauh mana rakyat mampu miliki rumah

Apabila Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober ini, rakyat bukan sahaja akan menantikan pengumuman mengenai bantuan...

September 23, 2026

Recent Auctions

1 Storey Detached House

1 Storey Detached House

Kuantan, Pahang

RM 550,000

2 Storey Detached House

2 Storey Detached House

Ipoh, Perak

RM 500,000

2 Storey Terrace House

2 Storey Terrace House

Petaling Jaya, Selangor

RM 340,000

Find Auction Property